sulizazamary copyright ©



Friday, 10 August 2012

layakkah aku?

masa cepat menghambat kita...belum banyak yang kita sempat belajar, tentang hidup dan kehidupan..belajar menilai erti kasih, sayang cintakan Ilahi juga tak terhabis...

dan bila sampai masanya, datang kepada kita seseorang dengan hajat yang besar.melamar menjadi suri.tertanya-tanya sendiri, layakkah aku sebagai isteri?.yakin dengan diri, yakin dengan ketentuan dariNya.

tak ada sesuatu perkara berlaku tanpa izin dariNya, apa yang jadi semua atas kehendak Dia..dah tertulis siapakah jodoh kita..dan dalam tempoh menuju ke alam baru tersebut (berkahwin) kita kena bersedia, perbaiki diri..jangan jadikan alasan "saya bukan baik pun." "semua orang tak perfect." untuk terus berada di takuk lama..

perbaiki, belajar dengan orang yang lebih tahu..percayalah, jodoh dari Allah itu adalah yang terbaik untuk kita..

dan lagi, aku pasti aku dan kita semua impikan pasangan yang sempurna..yang baik..tapi kita kena sedar satu, siapa pun dia pasangan kita mereka tetap manusia biasa.mesti ada terkurang terlebih di mana-mana..dan kita ada di situ sebagai pelengkap.saling melengkapkan, saling menyempurnakan..Insya Allah.

( Ya Allah, temukanlah jodohkanlah dia yang halal untuk kami. dan Kau restuilah, berkatilah. Amin. )



Tuesday, 7 August 2012

yesterday today tomorrow

kita tak mampu nak mengubah apa yang sudah pun berlalu semalam..untuk hari ini, kita masih mampu untuk mencorak sesuatu yang akan berlaku esok..kegagalan yang lepas itu ternyata bukan untuk melemahkan, malah ia mengajar..dan dari situ kita belajar untuk lebih kuat dalam melawan arus perasaan..

cerita kita mungkin tak semua orang dapat rasa..kerana dugaan itu cuma datang kepada kekasih-kekasih Allah S.W.T..bertuahnya kita, bila Dia membuatkan kita sedar apabila tersesat..positifnya dari dugaan/musibah/kegagalan yang kita terima itu membawa kita lebih dekat kepadaNya..kerana kepada Dia lah tempat kita mengadu dan memohon.

akan datang, jadikan yang lepas itu pengajaran..didik diri untuk lebih baik..sentiasa ingat pada Dia..InsyaAllah, kalau kita positif maka positif lah hasil untuk kita..kita tak tahu apa yang akan jadi kemudian, tapi Dia Maha Mengetahui segalanya..kita cuma perlu memohon dan berdoa kerana Dia tidak pernah terlepas daripada mendengar doa semua hambaNya.



Monday, 6 August 2012

DIRI tak serik

aku kesal.hidup tak pernah mudah macam yang kita nak.banyak sangat dugaan.menangis sepuluh kali pun tak bagi apa2 makna.yang tinggal tetap kosong.cuba nak bermula semula, tuh benda yang paling payah sekali..sakit.


aku kesal.diri tak pernah serik nak cuba.



AKAL

Allah swt bagi kita akal untuk kita fikir..nak bagi kita reti baik buruk sesuatu tuh..kalau betul kita bersyukur dengan kurniaan yang satu ini kenapa tak guna betul2..dah tahu diri kita berdosa kenapa nak tambah lagi?.hilang akal.masa tak boleh nak undur2 dah.kot mana pun kau putar jam kau takkan dapat balik yang dah terlepas.

ruginya kita.tahu itu salah, tahu itu dosa..tapi degil.otak letak kat lutut..bila kita dah terbuat silap nak salahkan siapa?.mak bapak?.tak.sebenarnya kita, kita yang berakal nih yang kena mencorak diri sendiri..




Si Pemilik Hati

Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam, lumrahnya takkan ada wanita tanpa lelaki macamtu jugak sebaliknya...masing-masing memerlukan dan saling melengkapi..

percayalah, Allah itu sudah menakdirkan seseorang untuk kita.terbaik untuk kita InsyaAllah..dan selepas itu, kita yang akan mencorak dan membina hidup bersama 'dia'..



BERSABAR

kadang hati manusia susah kita nak teka, kadang mulut manusia susah kita nak kawal, fikiran jahat selalu merangka cerita karut..penyakit manusia.

buruk baik kita biar Dia yang tahu, biar Dia yang menilai...bersabarlah, kerana Allah itu ada...